|
SURAT KAPAL TERBANG
Sunday, February 24, 2013 | 7:05 AM | 0 star
assalamualaikum.....hai semua...selamat malam...yang pastinya kali nie kita akn belajar buat surat pulak..mesti tertanya-yanya kan kita nk buat surat apa..?? hehe.. korang pernah tulis surat cinta tak?? mesti pernah kan?? so..hari ini kita akn mengimbau kembali kenangan lama time kita kecik2 comey2 sweettttt2 dulu..dulu mesti surat cinta kita tak dak format kan so kali nie aku akan ajar surat cinta yang betul2 punya( tapi tak tau la kn betul kew tak)..aku akan cuba guna format penulisan surat tak rasmi memandangkan surat cinta nie memeng p0n jenis tak rasmi punya..anda dinasihatkan membaca surat ini tanpa sepenuh perasaan kerana saya tujukan surat ini khas untuk dia jew..mungkin bukan untuk dia sgt p0n... aku harap dia terbuka blog nie n terbaca la surat nie..kalau korang yang baca nie dan tau aku tujukan surat nie kat siapa..sila inbox aku or kalau boleh buat la tak tau...tapi yang rsa surat ini untuk dia tu sila la baca sampai habis... surat kapal terbang No.143, Jln Dari Hati Ke Hati,
Taman
Sekebun Cinta, Dari Saya
14330,
Untuk Awak, Malaysia.
24 Februari 2013
Menemui awak, (nama awak) yang mugkin kini tengah duduk di depan skrin sambil membaca surat ini, semoga sihat sejahtera selalu. saya di sini sentiasa sihat. Alhamdulillah.
Saudara,
Tujuan sebenar
saya menulis surat ini adalah untuk memohon maaf kepada awak kerana mungkin
saya telah menyakiti hati awak dalam saya tidak sedar. Mungkin semua kesalahan
ini berpunca daripada sikap saya yang terlalu bersahaja ketika bergurau dengan
awak. Saya tidak patut berkelakuan macam tu sedangkan saya tahu pasti akan ada
satu hati yang akan merana. Maafkan saya atas kekhilafan saya ini.
Memang tak dinafikan,semuanya bermula ketika saya tanpa sedar memberi awak kertas yang ditulis dengan ayat2 berkuasa tinggi dan dilipat bentuk kapal terbang itu. Baru sekarang saya sedar yang saya tak patut menghulurkan kertas surat kapal terbang tu kepada awak. Untuk pengetahuan awak juga, sebenarnya tak terlintas pon dalam fikiran saya yang awak akan membalas kata2 di dalam surat kapal terbang itu. Saya ingatkan awak sekadar ingin membacanya sahaja. Maafkan saya. Saya tak tahu surat kapal terbang itu akan membuatkan awak begitu terkecil hati dengan saya. Di sini juga saya ingin menyoal awak 3 soalan je? Saya harap awak jujur menjawabnya seperti saya juga jujur semasa menjawab soalan awak.
Nampaknya cukuplah
sampai di sini dahulu surat saya nie. Harap awak tak rasa surat ini membebankan
awak. Surat ini sekadar ingin mnyuarakan rasa hati saya. Maafkan saya sekali
lagi. Akhir kata, senyumlah sebab saya dah nak berhenti tulis surat nie dah. Semoga
hari-hari awak akan indah selalu.
Yang
ikhlas,
SAYA
ALHAMDULILLAH...AKU DAH BERUSAHA SEHABIS BAIK DAH UNTUK BUAT SURAT NIE..HEHE...KALAU ADA SILAP FORMAT TANG MANA2 TU KIRA HALAL LA NOH ATAUPUN INFORM KAT AKU..NNTI KLU AKU RAJIN AKU EDIT BALIK..MAAF SEBAB AKU TAK TULIS PANTUN MACAM WAKTU KITA KECIK2 DULU.. PECAH KACA, PECAH GELAS, DAH BACA, HARAP BALAS. PEN MERAH, PEN BIRU, U STILL MARAH, I WILL STILL LOVE U........... |