
![]() |
peneman di syurga
Wednesday, February 6, 2013 | 7:27 AM | 0 star
hai kawan2 semua...bertemu kita lagi(ceyh..bertemu la sgt)..apa2 p0n..hari nie aku nak kongsikan tentang bidadari syurga khas untuk lelaki...AINUL MARDIAH...kat sekolah tadi ada seorang sahabat bertanya kepada aku tentang bidadari nie...aku hanya mampu jawab sedikit jew dan sahabat aku tu nak tau lagi lanjut so aku p0st jew la kat sini...harap sahabat aku tu bukak la..maaf la..aku akan kongsikan apa yang aku tahu mengenai ainul mardiah nie dan selanjutnya tentang ketua bidadari di syurga nanti..AINUL MARDIAH Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadar-bidadari kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua kepada segala bidadari- bidadari). Berjihad/berdakwah untuk agama Allah S.W.T merupakan satu amalan yang akan menjadi kesukaan Allah S.W.T dan ini merupakan sunnah besar nabi S.W.T dan kalangan sahabat-sahabat r.hum. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan. Rasulullah S.W.T bersabda: “Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya.” (Hadith sahih riwayat Tirmizi) Ainul Mardhiah (bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah S.W.T.) "Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan." QS. ar-Rahman (55) : 58 "Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." QS. ar-Rahman (55) : 70 "(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah." QS. ar-Rahman (55) : 72 "Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin." QS. ar-Rahman (55) : 74 'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi S.W.T, kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2,lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau berada,lalu ada suara yang menjawab,inilah syurga,tiba2 dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi S.W.T bagitahu tadi),lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu,tak pernah dilihat didunia ini,lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab ehh tidak (lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita),saya penjaganya,Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana. Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya hanya penjagaya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan,lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan tidak pernah di lihat di dunia,lalu wanita itu berkata,akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku,bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab,nanti kamu belum syahid lagi,tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi S.W.T,tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi S.W.T. Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi S.W.T di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi S.W.T dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi. Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada nabi S.W.T, Nabi S.W.T menjawab: "Benar, benar, benar sepanjang cerita tersebut". Akhirnya nabi S.W.T berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga... untung kan?? ainul mardiah... KETUA BIDADARI ok2..kali nie mesti kita akn terfikir pasal peranan isteri solehah kat syurga nnti plak kan?? yang aku tau isteri akan jadi ketua bidadari jew..so jom..kita selidik lagi...yuhuuuu.... weyh..baca apa yang aku jumpa nie... "Ustaz boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?"
Jawapan ustaz :
Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai ketua bidadari. Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi. Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya. Hebat kan ? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan? Tidak juga. Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang? Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya. Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya. Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab. Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi `uruban atraaba, yang apabila diterjemahkan bermaksud: "sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka". nie ada lagi satu nie..
Adapun jika seorang wanita
meninggal sebelum dia sempat menikah dengan seorang laki-laki maka
Allah lah yang menikahkannya kelak di surga dengan seorang lelaki
dunia, sebagaimana sabda Rasulullah saw,”Tidaklah ada di surga seorang
bujang.” (HR. Muslim). Syeikh Ibnu Utsaimin mengatakan bahwa jika
seorang wanita belum menikah di dunia maka Allah swt yang menikahkannya
dengan seseorang yang menyedapkan pandangan matanya di surga.
Kenikmatan di surga tidaklah terbatas untuk kaum laki-laki akan tetapi
untuk kaum laki-laki dan wanita dan diantara kenikmatan itu adalah
pernikahan. Demikian halnya dengan seorang wanita yang meninggal dalam
keadaan sudah dicerai.
Demikian
pula terhadap seorang wanita yang suaminya tidak masuk surga, Syeikh
Ibnu Utsaimin mengatakan bahwa seorang wanita yang masuk surga dan
belum menikah atau suaminya tidak termasuk kedalam ahli surga maka jika
wanita itu masuk surga dan di surga terdapat lelaki dunia yang belum
menikah maka seorang dari merekalah yang menikahinya.
Adapun
seorang wanita yang meninggal setelah menikah dan dia termasuk ahli
surga maka di surga dia akan bersama suaminya yang menikahinya saat
meninggalnya.
Adapun seorang
wanita yang ditinggal suaminya terlebih dahulu kemudian ia tidak
menikah lagi setelahnya hingga dia meninggal dunia maka wanita itu akan
menjadi istrinya di surga.
Adapun
seorang wanita yang ditinggal suaminya terlebih dahulu kemudian ia
menikah lagi setelah itu maka wanita itu menjadi istri bagi suaminya
yang terakhir walaupun wanita itu pernah menikah dengan beberapa
laki-laki, sebagaimana sabda Rasulullah saw,”Seorang istri untuk
suaminya yang terakhir.” (Silsilatu al Ahadits ash Shahihah Lil Albani)
dan perkataan Hudzaifah kepada istrinya,”Jika engkau mau menjadi
istriku di surga maka janganlah engkau menikah sepeninggalku.
Sesungguhnya seorang istri di surga adalah untuk suaminya yang terakhir
di dunia. Karena itu Allah swt mengharamkan istri-istri Nabi untuk
kmenikah sepeninggal beliau saw karena mereka adalah istri-istrinya saw
di surga.”
Wallahu A’lam |