
![]() |
_cindarella dan 3 permintaan_
Thursday, February 21, 2013 | 4:15 AM | 0 star
cindarella??
aku takda kakak tiri tetapi aku ada 2 org kawan yang perangai sebijik macam kak tiri cindarella..sentiasa buli aku dan suruh aku buat kerja..aku pulak akan sentiasa bersabar dengan karenah mereka kerana kami telah lama berkawan..lagipun mereka sentiasa ada ketika aku perlukan..bantuan mereka yang selalu hadir tanpa diminta membuatkan aku amat menghargai mereka..tak semuanya pahit..yang pahit pun ada manisnya juga..betul tak??
kawan selamanya..
setiap hujung minggu jika tidak ada kelas, memang telah menjadi kebiasaan kami untuk shopping di bandar. walaupun aku datang daripada keluarga yang kurang berada berbanding mereka tetapi mereka tidak pernah menyisihkan aku. kalau keluar sekali, pasti akan ada benda yang dibeli mereka untukku walaupun aku tak pernah meminta..sebagai balasannya mereka akan menyuruh aku membawa beg2 shopping mereka yang byk gila 2..aku yang serba baik nie memang tak pernah menolak la suruhan mereka.. walaupun terasa diperguna tapi apa nak buat..dah nasib badan la katakan..terima jew la..orang dah byk tolong kita...sedang kami berwindow shopping, lulu ternampak salah seorang student sekampus dengan kami. iqram..lelaki perfect...cukup pakej...kaya+handsome..sebut jew nama iqram mesti ramai yang kenal..lelaki hot la katakan..nama iqram dah sentiasa meniti di bibir gadis2 gedix di kampus kami nie...tapi plissss....kami tak k..kami nie cool jew..tak suke mengharapkan sesuatu yang pasti tak kan kami dapat..prinsip geng kami..'berpijak di bumi yang nyata' dia hot tapi kami nie cool..memang tak padan la kan... tiba2 kaka buat lawak bodo...kaka cabar aku untuk ajak iqram date..sebagai balasan..kaka dan lala tidak akan jadikan aku hamba mereka..aku yang memang sudah letih mnjadi orang suruhan mereka menyahut cabaran mereka tanpa berfikir panjang sebab aku tahu mustahil untuk iqram menerima pelawaan aku nie..dan aku juga tahu yang aku memang kena jdi orand suruhan mereka selamanya.. aku tanpa rasa malu pergi ke arah iqram yang sedang menjamu selera..tanpa rasa takut dan segannya aku terus mengambil tempat di depan iqram..dahi iqram berkerut tapi aku buat tak tau ja..kaka dan lala masih sibuk memerhatikan aku dan iqram.. aku : esok awak tak da kelas kan?? iqram: kenape?? (dgn rasa hairan iqram bertanya) aku :tolong saya boleh?? kalau awak tolong saya saya janji akan tunaikan 3
permintaan awakk..saya janji..yang penting awak tolong saja ja..
iqram : awak nie kenape?? gila kew?? kita tak pernah kenal p0n alih2 awak
nak saya tolong awak
(kepala macam kena lempar batu..tapi still cover..aku kena gunakan peluang yang ada untuk jalani kehidupan aku dengan bahagia..) lala dan kaka ketawa seperti sudah mengagak apa yang telah iqram ucapkan pada aku.sambil tersenyum aku memandang semula ke arah iqram... aku: esok pukul 2 datang kat cafe anggerik..saya akn tunggu awak sampai pukul 4 jew..kalau awak terase nak tolong saya datang la..sory ganggu awak makan..selamat kembali menjamu selera.. aku berlalu sambil tersenyum... ************************************************** esoknya... aku duduk di sudut tepi cafe anggerik..tunggu kehadiran iqram..oleh sebab aku rasa cam iqram nie cam tak kan datang jew aku bawak novel untuk buat peneman..nak buat cmna..harapkan taik bintang jatuh kat depan mata la katakan..tunggu pnya tunggu batang idung iqram tak jugak nmpk..novel aku baca pun dah nak sampai separuh..beli teh ais tapi sampai dah jdi air masak dah pun tunggu iqram(ais dah cair daa)..tapi aku still juga tunggu sebab aku janji sampai pukul 4 kan..kena tepati janji der... jam kat tangan, kat dinding kedai dah menginjak ke pukul 3.55 petang..tinggal 5 minit lagi..aku dah tau dah apa nasib aku lepas nie..memang tak kan berubah la..jadi la aku kuli sampai grade...aku kemas semua barang, bayar duit minum dan redo...aku pergi ke arah jaja dan lala sebab nak mengaku kalah..sedang kami berjalan nak keluar dari cafe tiba-tiba........bummmm....aku terlanggar seseorang.......yang pastinya lelaki...aku tergamam sebab lelaki yang aku langgar tu iqram....iqram datang tepat pukul 4. aku terkedu..tak tau nak cakap apa-apa bila iqram datang...kaka dan lala lagi la terkejut...haha..nampaknya aku bakal bebas dari cengkaman kakak2 tiri aku nie..yuhuuuu... kaka dan lala menunaikan janji mereka..tetapi kami tetap berkawan selamanya cuma nanti masing2 akan bawak barang sendiri la..aku punya la rasa bahagia sampai tak sedar iqram duduk sebelah. senyum pun dah melebar sampai ke mata..punya la bahagia katakan.. sedar tak sedar jam dah menginjak ke pukul 4.30..fikiran aku kembali normal..cepat2 aku kemas barang sebab aku baru teringat yang aku kena jemput abang aku kat airport...ish camna aku boleh lupa nie?? hari ini adalah hari yang paling bahagia bagi aku sebab abang aku yang belajar di luar negara akan balik ke malaysia. tak sabar gila nak jumpa abang tercinta.. cepat2 aku meminta diri daripada kaka, lala dan tak lupa juga pada iqram..
tanpa aku sedar, iqram rupanya ikut aku dari belakang. tapi aku buat tak tau je..tiba2 iqram tahan aku. baru aku teringat yang aku kena tunaikan 3 permintaan dia..arh tapi sekarang nie aku teramat-amatlah sibuk..tak boleh kew tunggu hari lain?? tiba2 iqram hilang..mungkin penat ikut aku yang hanya membisu jew dari awal..kan??
hari nie hari menunggu sedunia kew?? tadi tunggu iqram..kali nie tnggu teksi pula..mana teksi nie?? semua mogok ka?? dari tadi tak dak pon teksi yang lalu..cepat la mai abang2 teksi oi..aku nak naik nie..abang aku dah nak sampai dah..tiba2 sebuah kereta honda civic berhenti kat depan aku..aku buat bodo je sebab tau mesti lelaki gatl yang nk mengorat ank2 dara orang..dalam hati hanya tuhan jew la yg tahu betapa aku mengharapkan teksi cepat sampai..tiba2 cermin tingkap terbuka..rupanya iqram yang membawa kereta..
oleh kerana masa ketibaan abang aku dah nak sampai so tanpa segan aku setuju dengan pelawaan iqram yang sudi menghantar aku ke airport.
aku sampai jew abang pun smpai...aku terus memeluk abang..iqram memandang aku pelik tetapi aku tak heran la..aku bukannya peluk laki lain tapi aku peluk abang aku sendiri k..tak haram pun..iqram tinggal kami sekejap untuk membeli air..aku mengmbil kesempatan ini untuk bermanja-manja dengan abangku tersayang nie..aku nampak iqram membawa 2 tin air minuman...aik..aku pelik..aku+abang+iqram bukan ke 3 orang?? tapi kenape iqram beli 2 jew?? arh..nmpk sgt tak beli untuk aku..dasar kedekut!! xpa la..ingt aku nak sgt kew guna harta dia?? boleyh blah la..sangkaan aku meleset apabila iqram menghulurkan 1 air tin kat aku setelah yang satunya lagi dihulurkan kepada abang..iqram suruh aku kongsi air tin nie dengan dia. alsannya tak beli 3 air tin sebab tak da duit kecil..nak tunjuk orang kaya la tu sampai duit kecik pon tak da..yang kedai 2 pun satu, tak kan la teruk sgt smpai tak dak duit nak bagi baki?? kew iqram tipu aku nie?? aih..nmpk cm tipu jew..last2 aku tak kongsi dengan dia tapi aku kongsi dengan abang aku..padan muka.. iqram bertegas juga nak hantar aku dan abang sampai ke rumah..aku pula bertegas nak balik naik teksi je sebab aku tak nak la iqram tau kat mana tempat tinggal aku..lgpn dia bukannya sapa2 p0n ngan aku..akhirnya abang yang dari tadi diam, bersuara..arh..nmpknya kali nie iqram menang..abang setuju dengan pelawaan iqram..aku klah so kena la jadi penunjuk arah..sabar jew la.. ***************************************** habis kelas.... aku bergegas keluar dari dewan kuliah untuk ke perpustakaan. lagi cepat aku pergi ke perpustakaan lagi cepat la aku dapat balik rumah nanti..abang janji nak belanja aku makan kfc..haha..tak sabar gila..tiba2...iqram tarik beg galasku...habis berterabur buku2 yang aku pinjam..hati rasa nak menggelegak jew tapi aku tetap sabar sebab time 2 ramai orang yang dok tengok..malu siot kalau orang nampak aku buat drama swasta murahan kat sini..relax2 aku kena cool disaat yang genting camnie..sabr itu separuh daripada iman..terbongkok-bongkok aku kutip buku n kertas2 yang bertaburan..nasib baik iqram tolong kutip juga kalau tak memang nak kena ketuk kepala la ngan aku..sebab dia la kena buat exercise lebih cmnie..habis lemak aku terbongkok-bongkok nie..kalau tolong diam2 tak pa juga iqram nie tapi dari tadi dok tak abis2 ketawa..konon2 nmpk ncem la ketawa cm2..lagi menyampah ada la... sebagai permohonan maaf iqram ajak aku makan kat cafe..tapi aku tak mau..bukan jual mahal tapi aku nak blik rumah cepat k..tak sabar nak makan kfc orang blnja..hehe...aku segera meninggalkan..tiba2 aku terdengar iqram mengeluh dan dengan suara yang perlahan dia kata aku mungkir janji padanya.. ya allah..baru aku teringat jnji yang pernah aku ucapkan pada iqram jika dia menolong aku..ternyata aku telah memungkiri janji itu..tanpa berfikir panjang aku segera berpaling dan mengejar langkah iqram. tapi belum sempat kami bersembang, telefon aku berbunyi..abang col..nak ajk mkn kfc..aku memandang muka iqram. aku yang berasa amat bersalah kepada iqram menyuruh abang terus menunggu aku kat sana dan aku akan menyusul dengan teksi..iqram terdiam...aku pun...masing2 tak tau nak cakap apa..budak2 yang dok kat cafe nie pon semua dok pndg2 kat kami sampai naik segan aku..akhirnya aku ambik keputusan untuk bredar jew setelah aku memberi no fon aku kpd iqram supaya memudahkan dia menghubungi aku. iqram turut bangun bersama aku..dan sanngup memberi aku tumpang keretanya ke kfc di tesco...sedang dalam perjalanan, aku mengmbil kesempatan untuk meminta maaf kepada iqram..dan aku katakan yang aku telah bersedia untuk mendengar permintaannya dan sanggup menunaikannnya jika permintaannya itu munasabah..iqram mengerutkan dahinya dan tersenyum manis... iqram: saya ingtkan awak dah lupa jnji awak tu aku :maaf..saya memang terlupa pun..so apa 3 permintaan awak tu?? iqram: sebelum saya bagitahu permintaan saya tu saya nak awak tau yang berdosa kalau kita mungkir janji nie..saya harap awak faham maksud saya... aku: erm..saya faham..cepat bagitau..kita dah nak sampai nie... iqram: permintaan pertama saya..saya nak awak mencintai saya
permintaan kedua saya..saya nak awak menjadi isteri saya
permintaan ketiga saya..saya nak awak gembira hidup dengan saya
aku: (tergamam)..... aku terkejut sangat2 dengan permintaan iqram. permintaannya di luar jangkaan..aku terdiam sehingga ternampak kereta abang parking di sebelah kereta iqram di kfc..aku berlagak seperti tiada apa2 yang berlaku dan begitu juga iqram. iqram join kami makan..awalnya abang yang ingin membayar harga kfc itu tetapi iqram cepat2 menghulurkan duit. selamat duit abang aku..haha..tapi hati aku masih lagi tak tenang,,tambah2 mata iqram dok pndang aku je..nak telan ayam pun takut..ayam kfc dah tak rsa kfc..rasa cam nak terbang balik umah je..abang ngan iqram boleh pulak dok sembang2 mesra..dah macam kawan lama pulak aku tengok..aku yang sorng2 ppuan nie diam jew la.. sebelum balik abang tanpa berselindung bertanyakan status perhubungan kami..dan belum aku sempat mengeluarkan jawapan aku, mulut aku ditutup oleh iqram dan iqram yang mengambil tempat aku untuk menjawab soalan abang.. iqram: kami dalam proses mengenal hati budi ya allah..aku malu gila time tu..abang tak abis2 tersenyum dari dalam kereta sampai ke dalam rumah..abang merestui hubungan kami dan yakin yang iqram boleh menjaga aku dan insyaallah tak kan melukakan aku..aku hanya mampu berserah sahaja... fikir punya fikir akhirnya aku tekad untuk ikut kata hati aku...tak salah pun kalau aku cuba untuk tunaikan permintaan iqram tu..tak salah ka?? aku akan cuba untuk belajar mencintai dia. ******************************************
hubungan aku dan iqram semakin hari semakin rapat dan menjadi perbualan di kampus..iqram sentiasa menunggu aku habis kelas dan kadang2 akan menemani aku ke perpustakaan..walaupun ramai yang mencemburui hubungan kami tetapi ada juga yang gembira dengan hubungan kami ini..iqram sentiasa menghabiskan masanya dengan aku jika tiada kerja dan begitu juga aku..
iqram : kita masih dalam proses belajar mencintai antara satu sama lain jadi kena la cari jalan untuk rasa kasih tu timbul n salah satu jalannya ialah selalu berhubung dan berjumpa..boleh la timbul rasa rindu2 tu sikit.. alhamdullillah..hubungan yang terbina ini berjalan lancar dan krtiga-tiga permintaan ini telah aku tunaikan dengan hati yang ikhlas.. _aku sudah berjaya mencintainya
_aku sudah menjadi isterinya yang sah dan
_aku teramat bahagia hidup dengannya..
aku: kenape awak suka saya?? iqram: sebab awak lain dari yang lain. awak sorang ja gadis yang berjaya hadir dalam ingatan saya..untuk pengetahuan awak, saya tak nak pun pergi jumpa awak masa kat cafe tu tapi hati saya tak habis2 suruh saya pergi juga kat cafe tu..rupanya hati saya dah tertaut dgn hati awak rupanya. saya sendiri tak sedar masa bila rasa sayang saya hadir kat awak. apa yang penting..saya nak awak tahu waktu saya suruh awak tunaikan 3 permintaan tu saya dah memang suke kat awak dah.. _tamat_ ya allah..akhirnya siap juga cerita aku kali nie...penatnya duduk dpn sayang aku nie..haha.. harap nurul afifah dan syuhada jaafar berpuas hati dengan cerita nie...hehe... |