|
cinta Ummu Salamah dan suaminya, Abu Salamah
aku nak kongsikan sebuah cerita dengan kawan2 semua..aku selalu teringat cerita nie walaupun kalau tak silap aku la kan aku bca cerita nie masa aku budak2 lagi..aku terbaca sebenarnya..hehe..sebab cerita nie ada terselit dalam diary muslim..cerita nie bagi aku sangat2 mempunyai maksudnya yang tersendiri...cerita cinta islamik..mungkin ada sesetengah yang dah membaca or terbaca macam aku jugak..hope korang boleh hayati semula cerita nie..kepada yang belum pernah membaca..sila2 la bca k..cerita nie lagi best daripada cerita cinta lain..(yang mungkin ada kat dalam blog aku nie)...hayati la..serius aku cakap..korang tak kan rugi p0n kalau baca cerita islamik nie..baca la...
Ada
satu kisah menarik yang perlu kita soroti. Siapa yang tidak kenal akan
Abu Salamah dan isterinya, Ummu Salamah, radiyallahu 'anhuma.
Kedua-duanya adalah antara sahabat Rasulullah sallallahu 'alayhi
wasallam yang terawal memeluk Islam. Mereka berdua adalah antara
pasangan yang sangat bahagia, namun ditentang oleh suku kaum mereka
kerana mereka memeluk Islam. Suku Makhzum adalah antara puak yang
terkenal sangat kuat menentang Islam di Makkah.
Pada awalnya,
kedua-dua Abu Salamah dan Ummu Salamah berhijrah ke Habsyah. Kemudian
tatkala timbul seruan hijrah ke Madinah, bersiap-siaplah Abu Salamah,
Ummu Salamah dan anak mereka Salamah untuk berhijrah ke Madinah. Abu
Salamah hanya memiliki seekor unta, maka dia terpaksa berjalan dan
membiarkan isteri dan anaknya menunggang unta.
Malang sekali di
pertengahan jalan, kaum keluarga mereka telah mengejar dan menahan
mereka. Unta Abu Salamah dirampas, manakala Ummu Salamah dibawa pulang
oleh keluarganya ke Makkah manakala keluarga Abu Salamah pula mengambil
anak mereka Salamah kembali ke Makkah jua. Akhirnya Abu Salamah terpaksa
berhijrah ke Madinah seorang diri, dan terpisahlah ketiga-tiga mereka.
Setiap
hari, Ummu Salamah akan kembali ke tempat mereka dipisahkan dan
mengenangkan suaminya di Madinah dan anaknya yang dijaga oleh keluarga
suaminya di Makkah. Lebih kurang setahun ketiga-tiga mereka hidup
terpisah sehinggalah akhirnya Ummu Salamah dan anaknya dibebaskan.
Dengan
semangat yang kuat, Ummu Salamah membawa anaknya, Salamah yang masih
kecil untuk ke Madinah. Bayangkan seorang wanita dan anak kecilnya ingin
berjalan jauh menuju ke pangkuan suami berseorangan semata-mata kerana
ingin menjaga agamanya!
Ummu Salamah tidak mahu berlengah kerana
takut suku kaumnya akan merubah fikiran dan kembali menahannya dan
memisahkannya dari anaknya. Lantas dia memulakan perjalanan, dan
sesampainya di Tan'im, penjaga Kaabah - Uthman ibn Talhah yang masih
belum memeluk Islam berpendapat bahawa tidaklah patut Ummu Salamah dan
anak kecilnya dibiarkan berkelana ke Madinah tanpa ditemani lelaki. Maka
dia berjanji kepada Ummu Salamah bahawa dia akan membawa mereka ke
Madinah.
Akhirnya bersatulah kembali Ummu Salamah dan suaminya,
Abu Salamah. Percintaan suami isteri ini sangatlah kuat, sehingga
dikatakan pada suatu hari, Ummu Salamah berkata kepada suaminya bahawa
dia (Ummu Salamah) mendengar daripada Rasulullah sallallahu 'alayhi
wasallam bahawa sekiranya kedua-dua suami isteri dapat masuk syurga,
maka si suami akan kembali bersama isterinya jika isterinya tidak
berkahwin lain selepas kematian suaminya; begitu juga isteri akan
bersama suaminya jika suaminya tidak berkahwin lain selepas isterinya
mati.
Lantas Ummu Salamah meminta suaminya agar mereka sama-sama
berjanji untuk tidak berkahwin lain jika salah seorang mereka mati
dahulu agar dapat bersama-sama kembali di syurga. Tetapi suaminya, Abu
Salamah berkata, sekiranya dia (Abu Salamah) mati dahulu, dia mahu
isterinya berkahwin lagi. Lantas Abu Salamah berdoa kepada Allah, andai
dia (Abu Salamah) mati dahulu, kurniakanlah kepada isterinya seorang
suami yang lebih baik darinya. Begitu hebat cinta dan kasih sayang
kedua-dua suami isteri ini.
Pada peperangan Uhud, Abu Salamah
mengalami kecederaan teruk. Ketika masih dirawat isterinya, Abu Salamah
berkata bahawa dia mendengar Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam
memberitahu, sesiapa yang ditimpa bala musibah, hendaklah dia menyebut
istirja' (Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un), dan berdoa, "Ya Allah,
berilah ganjaran atas kehilangan akibat musibah yang melanda diriku, dan
berilah ganti yang lebih baik daripadanya, maka pasti Allah akan
mengurniakan sesuatu yang lebih baik." Akhirnya Abu Salamah meninggal
dunia akibat kecederaan yang dialaminya, dan tinggallah Ummu Salamah
bersama anak-anak mereka di Madinah.
Ummu Salamah, tatkala
teringat kembali akan kata-kata suaminya, sering melafazkan istirja' dan
doa tersebut. Cuma dia seringkali tidak dapat meneruskan lafaz 'berilah
ganti yang lebih baik', dan jika disebut juga lafaz tersebut, dia akan
terkenang kerana baginya siapakah lelaki yang dapat menjadi suamu yang
lebih baik daripada Abu Salamah. Segala kesusahan yang pernah mereka
alami tatkala mula-mula memeluk Islam, ditambah dengan kebahagiaan
mereka di Madinah menguatkan lagi rasa cinta Ummu Salamah kepada
suaminya. Namun akhirnya berkat doa Ummu Salamah tersebut Allah
mengurniakan Ummu Salamah seorang suami yang akhirnya diakui lebih baik
dari Abu Salamah. Siapakah lelaki itu? Tidak lain daripada Rasulullah
sallallahu 'alayhi wasallam sendiri.
Lihat sahaja ujian yang
melanda Ummu Salamah. Ujian apakah yang lebih berat daripada kehilangan
insan-insan tersayang yang banyak pula menempuh suka duka kehidupan
bersama di jalan Allah. Namun Allah tetap memberi ganjaran kepada
hamba-hamba-Nya yang bersabar.
sedih kan cerita nie..diharap korang semua dapat rasa apa yang aku rasa...best kan cerita nie..alhamdulillah..ummu salamah mendapat pengganti yang sangat3 baik...kita?? sama2 laa kita renung...ermm...
OLDER POST | NEWER POST |
The Little Princess
Hello there earthlings ! You have stepped onto Twinkling star. My name is syamimi. Imma 19teen years old girl.Proud to be Malaysian.
Wishing Upon The Star
just a happy life :).

OLD / NEW