
![]() |
pergi dan hadir kembali..........
Tuesday, February 19, 2013 | 8:19 AM | 0 star
seperti biasa, aku akan duduk di bawah pokok di tepi cafe sambil merenung ke langt sementara menunggu ketibaan fahem untuk menghantar aku pulang ke asrama. kami berdua mula berkenalan ketika aku mula menjejakkan kaki di universiti ini. fahem banyak menghulurkan bantuan kepada aku kerana dia merupakan senior di universiti nie. sejak itu kami mula rapat dan kerap belajar bersama. sikap fahem yang peramah membuatkan ramai orang mengetahiu perhubungan kami ini. mana2 lelaki yang ingin mendekati aku pasti akan dimarahi oleh fahem. mengenali fahem membuatkan hidup aku di universiti tidah pernah sunyi. kawan2 aku pun dah selesa dengan sikap peramah fahem. pelajaran aku pun semakin elok dengan bantuan fahem.satu hari, fahem memperkenalkan aku dengan adik angkatnya yang juga penuntut di universiti yang sama dengan kami. kalu tengok kepada penampilan, memang aku la yang kalah. biarla aku namakan adik angkat dia nie effa. fahem meminta pendapat aku tentang effa dan bolehkan jika effa ingin menjadikan dia sebagai abang angkatnya. aku hanya berdiam diri dan kemudiannya mengangguk kepala. aku rasakan yang aku tak perlu cemburu kerana mereka sekadar abg dan adik angkat. malah fahem sendiri memperkenalkan effa ini kepada aku maka ia bererti fahem bersikap terus terang dengn aku. ku sangkakan panas hingga ke petang tetapi mendung di tengah hari. hubungan aku dan fahem semakin hari semakin renggang. aku bagaikan seperti layang2 yang terputus tali. fahem dah tak kerap memghubungi aku. mesej yang aku hantar jarang mendapat balasan daripadanya. mula2 aku sangkakan dia sibuk dengan pelajarannya tetapi sudah sebulan dia berkelakuan begitu. sabar aku semakin hari semakin menipis. aku juga dah jarang nmpak dia di kampus. jika terserempak dengannya, dia pasti akan cuba untuk mengelak dari aku. aku tertanya-tnya jika aku ada membuat apa2 kesalahan tetapi mustahil. aku tak pernah mengecilkan hati dia. aku amat yakin. hampir sebulan lebih aku sendiri akhirnya hati aku berbunga kembali apabila fahem tiba2 menghantar mesej kepada aku. kami berjumpa di cafe. perbualan kami menjadi agak kekok kerana sudah lama kami tidak pernah bersembang. aku dapat rasakan senyuman fahem juga tidak seperti dahulu dan ketawanya juga seperti terpaksa. aku tetap sabar menunggu perbualan seterusnya daripadanya. akhirnya. saat yang aku tunggu2 dah hadir. dengan suara perlahan fahem memberitahu aku bahawa dia ingin menamatkan hubungan kami. hatinya sudah tiada namaku lagi dan sudah terisi dengan nama lain. fahem sengaja mendiamkan diri selama sebulan untuk mengetahui persaannya sendiri.bila aku tanya siapa gadis itu, dengan rasa bersalah dia memberitahu aku gadis tersebut ialah effa. kini baru aku sedar..istilah adik angkat yang dikatakan oleh fahem itu cuma sandiwara sahaja. kesal teramat sangat aku rasa sebab terlalu mempercayai kejujuran fahem dan sabar menantinya. kesetiaan aku telah dipermainkan oleh fahem. aku tekad untuk menutup hati aku untuk fahem. kini, hidupku hanya tertumpu kepada pelajaran sahaja. hari berganti hari..bulan berganti bulan..kehidupan aku seperti biasa. pergi kelas balik kelas..sehinggalah aku bertemu dengan najmi. najmi sering bertanyakan khabar aku. sejak itu kami mula berkawan. kali ini aku lebih berhati-hati. aku tidak memberikan hati aku semudah-mudahnya untuk najmi walaupun najmi berterusan mendekati aku. kesabaran yang dimiliki oleh najmi membuatkan hati aku kembali terbuka dan insan yang memiliki hatiku kini ialah najmi. hubungan aku dan najmi lebih matang. najmi banyak memberikan kata2 semangat kepada aku dan sering menjadi tempat aku meluahkan ketidakpuasan hati. fahem sangat memahami dan tidak segan meminta maaf jika melakukan kesalahan. hubungan fahem dan effa telah putus. effa rupanya tidak pernah serius untuk menjadikan fahem sebagai bfnya. fahem kembali menagih cintanya pada aku setelah mengetahui aku mempunyai hubungan dengan najmi. dia sering menghantar mesej kepada aku untuk menerimanya semula. aku rasa bersalah dengan najmi. walaupun najmi baik dan memahami tetapi najmi tetap mempunyai perasaan. aku tidak membalas mesej fahem dan mengambil keputusan untuk menjauhkan diri daripada fahem. sikap fahem yang tidak pernah berputus asa ini membuatkan aku nekad untuk berjumpa dengannya. perjumpaan aku diketahui oleh najmi dan najmi menyuruh aku menyelesaikan masalah. dia akan menerima setiap kepusan yang aku ambil walupun ia bakal melukakan hatinya. najmi menyuruh aku membuat kepusan yang boleh membahagiakan diri aku dan dia sedia untuk mengundur diri jika aku memilih fahem. pertemuan aku dan fahem diadakan di cafe tempat dia pernah memutuskan hubungan kami. aku sengaja memilih tempat duduk yang sama. fahem banyak memceritakan kenangan semasa kami bercinta. kenangan ini sedikit sebanyak membuatkan perasaan sayang aku padanya kembali hadir. aku menerima permohonan maaf fahem. fahem dan aku tersenyum. sebelum kami mengakhiri perjumpaan kami. aku suruh fahem call aku...kedengan lagu.... But Oooh, this time I'm telling you, I'm telling you We are never ever ever getting back together We are never ever ever getting back together You go talk to your friends talk To my friends talk to me But we are never ever ever ever getting back together aku sengaja tetapkan ringtone untuk panggilan fahem kepada lagu nie..dan sengaja menyuruh fahem menghubungi aku supaya dia dapat tau perasaan aku kepada dia..aku tak kan terima semula dia kerana jika sekali dia pernah meninggalkan aku kerana perempuan lain maka tak mustahil laa untuk dia ulanginya lagi. (setuju tak??). fahem terdiam dan aku terus meninggalkan dia. aku segera menghubungi najmi. hati ini bukan milikku lagi..sekarang ia sudah menjadi milik najmi. kesabaran dan kematangan najmi membuatkan aku berasa selesa dan dihargai. aku bertuah kerana memiliki najmi dan akan menjaga hati najmi supaya tidak beralih ke perempuan lain. hat najmi harus tetap menjadi milikku selamanya. semoga perhubungan kami berkekalan selamanya hingga ke akhir hayat.. -tamat- ingin aku tegaskan di saat2 akhir nie yang aku memang suka fahem najmi..eeehhh silap2..bkn fahem najmi tapi nama fahem najmi 2 k...hehe,... |