
![]() |
segalanya tentang mak/ibu/ummi/mama_
Wednesday, February 20, 2013 | 10:10 AM | 0 star
ok2..mula2 biarla aku buat pengakuan yang new post kali nie terbit secara tiba2 bermakna aku tak da perancangan nak buat post cmnie..tetapi..aku tak tau apa nasib aku hari nie daripada pagi sampai ke malam semua orang dok persoalkan tentang ibu2 nie..so kawan2 semua..sedar la skit..tanpa ibu bapa tu kita tak kan ada dalam bumi bertuah nie..kita tak kan kenal k-pop nie( apa kaitan ngan korea nie??)..aku tak tau nak ckp apa kat orang2 yang still dok persoalkan tentang nie..aku tak tau nak jawab macam mana lagi..aku sedaq..aku bukan nya baik sgt pon dan mungkin tak layak nak bagi pendapat tapi listen listen listen...setiap ibu bapa dah berusaha dah mendidik anak2 mereka dengan sebaiknnya...marah mereka bukan sebab depa tak sayang kat kita k tapi sebagai tanda sayang mereka kepada kita... ok2..sayangku semua...aku perdengarkan beberapa cerita kat korang dan mungkin ada yang pernah baca keratan or cerita ini...yang belum baca 2..seperti biasa la kan ..SILA BACA..mungkin post aku kali ini sgt pnjg tpi baca jew la..aku yakin korang tak akan rugi dan akan lebih menghargai ibu korang...sama2 la kita hayati cerita2 nie... 1)PELUKAN IBU 'MENGHIDUPKAN' KEMBALI ANAKNYA... Sentuhan kulit ibu memberikan keajaiban kepada bayi pramatang yang sudah dinyatakan meninggal. Seorang wanita membuktikan bagaimana bayinya yang sudah meninggal hidup kembali setelah 2 jam dipeluknya. SYDNEY - Seorang bayi lelaki pramatang yang telah disahkan meninggal dunia di Australia hidup kembali selepas dia dipeluk oleh ibunya selama dua jam, lapor sebuah akhbar semalam.
Dalam
kejadian pada Mac lalu yang disifatkan sebagai keajaiban Tuhan,
doktor-doktor memberitahu, bayi berkenaan yang diberi nama Jamie Ogg,
tidak berpeluang untuk hidup setelah dia dilahirkan pada minggu ke-27
dengan berat badannya hanya 600 gram di sebuah hospital di sini.
Bagaimanapun, kembar Jamie iaitu Emily berjaya diselamatkan selepas dia diberikan bantuan pernafasan selama 20 minit.
Doktor
kemudian menyerahkan Jamie yang disahkan telah meninggal dunia kepada
ibunya Kate dan pasangannya David untuk penghormatan terakhir.
Sedih
dan sukar menerima hakikat bahawa anaknya telah mati, Kate meletakkan
Jamie di atas dadanya dan mengusap-usap anakya sambil menceritakan
mengenai apa yang mereka ingin lakukan bersama jika dia dapat membesar
bersama adik kembarnya, Emily.
Selepas dua jam dipeluk, tubuh Jamie kembali hangat dan dia mula menunjukkan tanda-tanda bernafas.
Kate kemudian memberikannya susu dengan menggunakan jari.
"Saya
berasa sangat sedih apabila doktor memberitahu dia tidak dapat
diselamatkan. Tanpa berfikir panjang saya terus memeluknya. Dia kemudian
mula bernafas dan membuka mata. Sungguh ajaib," kata Kate.
Seorang
doktor yang dipanggil untuk memeriksa Jamie mengesahkan bahawa bayi itu
hidup, tetapi tidak dapat menerangkan bagaimana fenomena itu berlaku. -
Agensi
tengok 2..pelukan ibu jew pon dah idupkan balik anak dia..walaupun bukan org islam tetapi tetap seorang ibu k..naluri seorang ibu tu tak boleh kita persoalkan.
nak lagi ka??
2) Seorang laki-laki telah datang kepada Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi
Wassalam dan berkata: ‘Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak aku
hormati dengan baik?’, Beliau bersabda, ‘ibumu’, laki-laki itu bertanya
lagi: ‘kemudian siapa?’, Beliau menjawab, ‘ibumu’, laki-laki itu
kembali bertanya: ‘kemudian siapa?’, Beliau menjawab, ‘ibumu’, laki-laki
itu bertanya kembali: ‘kemudian siapa?’, Beliau menjawab, ‘ayahmu’.
Ibu, tiga kali engkau disebut Rasulullah SAW sebagai orang yang patut
dihormati oleh anak-anaknya. Sungguh begitu terhormat posisimu.
apa?? nak lagi..sat2...
3) Pada
zaman Rasulullah ada seorang pemuda yang sangat rajin beribadat bernama
Al-Qomah. Suatu hari, tiba-tiba dia jatuh sakit yang sangat teruk. Maka
isterinya menyuruh orang memanggil Rasulullah dan mengatakan suaminya
sakit terik dan dalam nazak sakaratul maut. Apabila berita ini sampai
pada Rasulullah, maka baginda menyuruh Bilal r.a, Salaman r.a dan Ammar
r.a supaya pergi melihat keadaan Al-Qomah.
Apabila
mereka sampai di rumah Al-Qomah mereka terus mendapatkan Al-Qomah,
sambil membantunya membacakan kalimah La-ilaa-ha-illallah tetapi lidah
Al-Qomah tidak dapat menyebutnya.
Ketika
para sahabat mendapati bahawa Al-Qomahpasti akan mati, maka mereka
menyuruh Bilal r.a supaya memberitahu Rasulullah tentang Al-Qomah.
Apabila Bilal sampai di rumah Rasulullah dia lantas menceritakan segala
hal yang berlaku ke atas diri Al-Qomah. Lalu Rasulullah bertanya pada
Bilal, "Wahai Bilal, apakah ayah Al-Qomah masih hidup? Jawab Bilal r.a
"Tidak, ayahnya sudah meninggal tetapi ibunya masih hidup dan sangat tua
usianya."
Kemudian
Rasulullah berkat kepada Bilal, "Pergilah kamu bertanya ibunya
sampaikan salamku dan kataka padanya kalau dia dapat berjalan, suruh dia
datakang berjumpaku. Kalau dia tidak dapat berjalan, katakan aku akan
ke rumahnya."
Maka
apabila Bilal sampai di rumah ibu Al-Qomah, lalu dia berkat seperti
yang Rasulullah beritahu kepadanya, maka berkata ibu Al-Qomah "Aku lebih
patut pergi berjumpa Rasulullah" Lalu ibu Al-Qomah mengambil tongkat
dan terus berjalan menuju ke rumah Rasulullah. sampai di sana, lalu dia
memberi salam dan terus masuk dan duduk di hadapan Rasulullah.
Maka
bertanya Nabi SAW kepada ibu Al-Qomah, "Terangkan kepadaku perkara yang
sebenar tentang Al-Qomah. Jika kamu berdusta nescaya akab turun wahyu
kepadaku" Berkata Nabi lagi, "Bagaimana keadaan Al-Qomah?"
Jawab
ibunya, "Al-Qomah sangat rajin beribadat, Dia sembahyang berpuasa dan
sangat suka bersedekah dengan tidak terhingga banyaknya"
Tanya
Rasulullah lagi "Bagaimana hubungan kamu dengannya?" Jawab si ibu " Aku
murka kepadanya" Lalu Rasulullah bertanya "Mengapa?" Jawab si ibu, "
kerana dia telah mengutamakan isterinya daripada aku dan menurut
kata-kata isterinya sehibgga dia menetangku" Maka berkata Rasulullah
"Murka kamu itu yang telah mengunci lidahnya dari mengupa La ilaha
illah"
Kemudia
Nabi SAW menyuruh Bilal mencari kayu api untuk membakar Al-Qomah.
Apabula ibu Al-Qomah mendengar perintah Rasulullah lalu dia bertanya
"Wahai Rasulullah, kamu hendak membakar puteraku di depan mataku?
Bagaimana hatiku dapat menerimanya"
Kemudia
berkata Nabi "Wahai ibu Al-Qomah, siksa Allah itu lebih berat dan
kekal. Oleh itu, jika kamu mahu Allah mengampunkan disa anakmu itu, maka
hendaklah kamu mengampuninya. Demi Allah yang jiwaku di tangannya,tidak
akan berguna sembahyangnya, sedekahnya, selagi kamu murka kepadanya"
Maka
berkata ibu Al-Qomah sambil mengangkat kedua tangannya "Ya Rasulullah,
aku persaksikan kepada Allah di langit dan engkau, ya Rasulullah dan
mereka yang hadir di sini bahawa aku redha pada anakku Al-Qomah"
Maka
Rasulullah mengarahkan Bilal pergi melihat Al-Qomah sambil berkata
"Pergilah kamu wahai Bilal melihat sama ada Al-Qomah dapat mengucap La
ilaha illallah atau tidak"
Kata
Rasulullah lagi kepada Bilal "Aku khuatir kalau-kalau ibu Al-Qomah
mengucapkan itu semata-mata kerana aku bukan dari hatinya"
Maka apabila Bilal sampai di rumah Al-Qomah, tiba-tiba terdengar suara Al-Qomah menyebut "La ilaha illallah"
Lalu
Bilal masuk sambil berkata " Wahai semua orang yang berada di sini,
ketahulah sesungguhnya murka ibunya telah menghalang Al-Qomah dari dapat
mengucapkan kalilamh La ilaha illallah. kerana redha ibunyalah maka
Al-Qomah dapat menyebut kalimah syahadat" Maka matilah Al-Qomah sebaik
saja selepas dia mengucap.
Maka Rasulullah pun sampai di rumah Al-Qomah sambil berkata "Segeralah mandi dan kafakankan" Lalu disembahyangkan oleh Nabi SAW.
Sesudah
dikuburkan, berkata Nabi SAW sambil berdiri dekat kubur, "Hai sahabat
Muhajirin dan Ansar, sesiapa yang mengutamakan isterinya lebih daripada
ibunya, maka dia adalah orang yang dilaknat oleh Allah SWT, dan tidak
diterima daripadanya ibadat fardhu dan sunatnya
cerita yang terakhir,,,marilah kita sama2 mengambil pengajaran daripada cerita ini...insyaallah...
4) Uwais al-Qarni merupakan satu contoh anak yang sangat soleh sehingga namanya disebut oleh Nabi SAW kepada sahabat2 baginda.
Rasulullah S.A.W pernah berpesan kepada Sayyidina Umar r.a. dan Sayyidina Ali k.w.: “Akan lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doanya sangat makbul. Namanya Uwais al-Qarni
dan dia akan lahir di zaman kamu. Kamu berdua pergilah mencari dia. Dia
akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul
di zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia
berdoa untuk kamu berdua.”
Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali lalu sama-sama menanyakan kepada Rasulullah S.A.W:
“Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni, ya Rasulullah?” Rasulullah S.A.W menjawab: “Mintalah kepadanya agar dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian.”
Memang benarlah kata-kata Rasulullah
S.A.W, Uwais al-Qarni akhirnya muncul di zaman Sayyidina Umar dan
Sayyidina Ali. Mereka memang menunggu dan mencari kabilah-kabilah yang
datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu juga dengan Uwais
al-Qarni. Pada pandangan mata kasar, tidak mungkin dia orang yang
Rasulullah S.A.W maksudkan kerana di kalangan orang awam, Uwais dianggap sebagai seorang yang kurang waras.
Uwais Al-Qarni adalah seorang yang
berpenyakit sopak, badannya putih, yakni putih penyakit yang tidak
digemari. Walaupun dia seorang berpenyakit sopak, dia adalah seorang
yang soleh yang amat mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan
lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa
dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Beliau berpenyakit
sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaganya sampai beliau dewasa.
Suatu hari ibunya memberitahu kepada
Uwais bahawa dia ingin untuk mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya
berikhtiar agar dia dapat membawanya ke Mekah untuk menunaikan haji.
Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari
perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang pergi
menunaikan haji dari Yaman ke Mekah perlu menyediakan beberapa ekor unta
yang dipasang di atasnya ‘Haudat’. Haudat ialah sebuah rumah kecil yang
diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan,
selesa namun perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan
yang demikian. Beliau tidak memiliki unta dan juga tidak mampu untuk
membayar sewa.
Pada suatu hari, ibu Uwais yang semakin uzur berkata kepada anaknya: “Anakku, mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji.”
Uwais mendapat suatu ilham. Dia membeli
seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis menyusu. Dia membuat
sebuah rumah kecil di atas sebuah ‘Tilal’ iaitu sebuah tanah tinggi
(rumah untuk lembu itu di atas bukit). Apa yang dia lakukan, pada
petang hari beliau akan mendukung anak lembu untuk naik ke atas Tilal.
Pagi esoknya beliau akan mendukung lembu itu turun dari Tilal tersebut
untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya
dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia memberi lembu itu
makan. Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang mengatakan
beliau kurang waras.
Memang pelik, membuatkan rumah untuk
lembu di atas bukit, kemudian setiap hari mengusung lembu, petang dibawa
naik, pagi dibawa turun bukit. Namun sebenarnya jika dilihat di
sebaliknya, Uwais seorang yang bijak. Lembu yang asalnya hanya 20kg,
selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot
tangan dan badan Uwais pula menjadi kuat hinggakan dengan mudah
mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit setiap hari.
Selepas lapan bulan, apabila sampai
musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk
dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari
Yaman sampai ke Mekah dengan kedua tangannya. Di belakangnya dia
meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya.
Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya
yang lebih ringan. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya
dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan
di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya
dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.
Setelah pulang semula ke Yaman, ibunya bertanya: “Uwais, apa yang kamu doakan sepanjang kamu berada di Mekah?”
Uwais menjawab: “Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”.
Ibunya bertanya lagi: “Bagaimana pula dengan dosa kamu?”
Uwais menjawab: “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga. Cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya juga masuk syurga.”
Ibunya berkata lagi: “Ibu inginkan supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini.”
Uwais berkata: “Saya keberatan untuk
berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian
Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah Ta’ala.”
Ibunya menambah: “Kalau ingin masuk ke syurga, mesti taat kepada perintah ibu. Ibu perintahkan engkau berdoa.”
Akhirnya Uwais tidak ada pilihan
melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais lalu berdoa seperti yang
diminta oleh ibunya supaya Allah menyembuhkan putih yang luar biasa
(sopak) yang dihidapinya itu. Namun kerana dia takut masih ada dosa pada
dirinya, dia berdoa:
“Tolonglah ya Allah! Kerana ibuku, aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkanlah sedikit.”
Allah SWT lalu menyembuhkan serta merta,
hilang putih sopak di seluruh badannya kecuali tinggal satu tompok
sebesar duit syiling di tengkuknya. Tanda tompok putih kekal pada Uwais
kerana permintaannya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka inilah
tanda pengenalan yang disebut Rasulullah S.A.W kepada Sayyidina Umar dan
Sayyidina Ali:
“Tandanya kamu nampak di belakangnya ada satu
bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu, dialah
Uwais al-Qarni.”
Tidak lama kemudian, ibunya meninggal
dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia
telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya di sisi Allah.
Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais dan seperti
yang diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W, mereka meminta supaya Uwais
berdoa agar Allah SWT berkenan mengampuni semua dosa-dosa mereka berdua.
Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Sayyidina
Umar dan Sayyidina Ali, beliau berkata: “Aku ini datang dari Yaman ke
Madinah kerana aku ingin menunaikan wasiat Rasulullah S.A.W kepada kamu
iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku.” Maka Uwais pun telah
mendoakan untuk mereka berdua.
Setelah itu Sayyidina Umar, yang ketika
itu memegang jawatan Khalifah, bertanya kepadanya: “Anda hendak pergi ke
mana?” “Kufah”, jawab Uwais. Sayyidina Umar bertanya lagi: “Mahukah aku
tuliskan surat kepada Gabenor Kufah agar melayanimu?” Uwais menjawab:
“Berada di tengah-tengah orang ramai sehingga tidak dikenali lebih aku
sukai.”
Who should I give my love to? My respect and my honor to Who should I pay good mind to? After Allah And Rasulullah Comes your mother Who next?Your mother Who next?Your mother And then your father Cause who used to hold you And clean you and clothes you Who used to feed you? And always be with you When you were sick Stay up all night Holding you tight That's right no other My mother Who should I take good care of? Giving all my love Who should I think most of? After Allah And Rasulullah Comes your mother Who next?Your mother Who next?Your mother And then your father Cause who used to hear you Before you could talk Who used to hold you? Before you could walk And when you fell who picked you up Clean your cut No one but your mother My mother Who should I stay right close to? Listen most to Never say no to Afer Allah And Rasulullah Comes your mother Who next?Your mother Who next?Your mother And then your father Cause who used to hug you And buy you new clothes Comb your hair And blow your nose And when you cry Who wiped your tears? Knows your fears Who really cares? My mother Say Alhamdulillah Thank you Allah Thank you Allah For my mother. saya sayang mak saya... tamat..... |