
![]() |
thank you..love you...sorry
Saturday, February 16, 2013 | 10:15 AM | 0 star
seperti biasa dinzly akan menunggu di halaman rumah pda setiap pagi sabtu. menunggu seseorang yang baru pulang dari kerja. langkah aku terhenti apabila melihat senyuman dinzley. ternyata senyumannya tetap seperti biasa walaupun kami sudah lama berjiran. hidupku yang sebatang kara membuatkan aku menjadi pendiam dan sukar mendapatkan kawan. oleh itu, sepanjang aku tinggal di kawasan perumahan ini, aku hanya mampu mendapat seorang kawan iaitu dinzley. walaupun kami tidak seagama tetapi kami rapat.seminggu sebelum berkawan... 'awak ada ubat demam tak, klu ada saya nak pinjam. nnti saya ganti balik,saya tak larat nak pergi klinik la'. ayat pertama dinzley sepanjang 3 bulan kita berjiran. ketika itu aku baru pulang dari tempat kerja. muka dinzley ketika itu memang pucat. aku terus memberinya ubat demam itu yang memang sudah tersedia ada dalam beg sandangku. aku bagi jugak nasi lemak yang aku baru beli kat tepi simpang tu kat dinzley walaupun ketika itu aku memang lapar. tapi demi dinzley aku sanggup berlapar. selepas tu kita selalu bertukar makanan. setiap minggu dinzly mesti akan beli makanan yang halal untuk aku dan sangkutkan di pagar rumah dan aku jugan ada membeli sarapan untuknya juga jika aku mahu bersarapan pagi.. aku dan dinzly memang jarang berjumpa sebab aku nie burung hantu. malam2 aku kerja dan pagi aku banyak duduk dalam rumah jew. bekerja di kedai runcit 24jam pada waktu malam di kawasan perumahan itu memang senang kerana aku tak prlu berjumpa dengan ramai orang dan amat sesuai dengan hidup aku. tetapi aku tetap juga perlu berhati-hati. semenjak 2 menjak ni dinzley selalu tunggu aku. walaupun aku tak pernah bercakap dengan dinzley tapi dinzley tetap bercakap denagn aku. aku tak pernah bagitahu nama aku pada dinzley dan dinzley pun tak pernah nak tnya..rupa-rupanya kami senasib, sama2 sebatang kara. satu hari aku bagitahu kat dinzley yang aku nak balik kampung selama sebulan sebab kedai yang aku kerja 2 nak tutup sementara. pakcik tu nak pergi umrah jadi dia nak tinggalkan urusan dunia ni. muka dinzly terdiam dan mukanya berubah. akhirnya dia beritahu aku yang dia sukakan aku dan mahu menjadikan aku isterinya. tetapi hubungan kami payah kerana kami tidak seagama. dinzley sanggup belajar tentang islam untuk bersama dengan ku. aku tidak memberikan kata putus kepada dinzley kerana takut hati dinzley berubah. dinzly nekad untuk belajar tentang islam. dinzley ikut aku balik ke kampung untuk belajar agama. alhamdulillah..dinzley benar2 berubah. berubah kerana islam dan bukannya kerana aku. aku bersyukur kerana hidayah allah sampai kepadanya. aku menerima dinzley menjadi suamiku. walaupun dia baru memeluk islam tetapi aku percaya dia mampu membimbingku atas bantuan allah. aku dan dinzley bahagia dengan perkahwinan kami. aku sudah berhenti kerja demi dia. rumah tangga kami selalu riuh rendah dengan usik mengusik dan yang pastinya memang dinzley yang selalu mengusik..aku dan dinzley sepakat memilih nama sufian sebagai nama islam dinzley. SUFIAN DINZLEY..aku amt bersyukur dengan kehadiran dia di samping aku. terima kasih allah kerana kurniakan insan sebaik iqram. demi allah, aku amat mencintai dia.. rupa2nya rumah tangga kami juga diuji. tetapi ujian ini sangat berat bagi aku tempuhi. masa seakan-akan terhenti apabila dinzley memberitahu aku bahawa dia sebenarnya sakit. sukar untuk aku percaya kerana sepanjang perkenalan dan menjad isterinya, aku tidak pernah melihat dia sakit. ternyata dinzley yang selalu senyum itu rupanya menyembunyikan rahsia. sesungguhnya sedikitpun aku tak marah bahkan menyesal berkahwin dengannya yang sakit tetapi aku rasa sangat3 sedih kerana dia sanggup menanggung kesakitannya seorang diri. aku tetap menerima ujian ini. walaupun dia sakit tetapi cinta aku pada dia tidak pernah kurang. sakit yang dialaminya tidak sedikitpun menghalang kami untuk terus bahagia. rumah tangga kami semakin hari semakin menghargai masa yang ada. sebolehnya aku hanya ingin berada di sampingnya sahaja. aku selalu menemaninya ketika dia perlu meneriama rawatan. walaupun sakitnya sudah tiada harapan untuk sembuh tetapi aku tetap berdoa agar diberikan keajaiban buat keluarga kami. allah lebih menyayangi sufian dinzley. dinzley akhirnya pergi jua. tetapi aku tetap bersyukur kerana hasrat dinzley tercapai untuk berpuasa di bulan ramadan dan berhari raya dengan ku..sekurang-kurangnya allah mendengar permintaan terakhirnya. ya allah, sungguh aku begitu tersentuh ketika mendengar kita berkata " rayyan....thank you, love you, sorry...terima kasih sebab sudi terima saya, cintai saya, dan menjaga saya. saya sayang awak dan akan sentiasa sayangkan awak. maafkan saya sebab saya tak mampu berada di samping awak selalu..maafkan saya kerana selalu menyusahkan awak..dan maafkan saya sebab mungkin tak mampu membahagiakan awak seperti yang awak mahukan" ya allah..sehingga sekarang aku masih ingin memberitahu dinzley betapa aku sungguh2 mencintai dan merinduinya..kehadirannya walaupun hanya seketika amatlah bermakna bagi aku..kami bermula dengan sekadar berkawan dan berakhir dengan ikatan suami isteri..dizley tidak pernah menyusahkan aku..dia segala-galanya bagi aku... alhamdulillah..walaupun allah mengambil dinzley dari aq tetapi allah memberi aku penggantinya.. aku akan menjaga pemberiannya ini dengan sebaik-baiknya..aku akn besarkan anak kami ini dengan sempurna insyaallah walaupun tanpa kehadiran dinzley disamping aku..aku akan menceritakan segalanya tentang kebaikan dinzley..biar ankku ini tahu segalanya tentang papanya... khas buat sufian dinzley.... ketahui la saya sangt3 sayangkan awak..awak akan sentiasa ada di dalam hati saya tak kira di mana saya berada..sayang awak selamanya dan awak lah yang terakhir buat saya...tiada lagi pengganti lain selain dari awak...saya dan ank kita akan selalu mendoakan awak di sana..tunggu saya.... drpd: rayyan, isterimu tuhan jagakan dia... hanya dirimu yang ku cinta takkan membuat aku jatuh cinta lagi aku merasa kau yang terbaik untuk diriku walau ku tahu kau tak sempurna takkan membuat aku jauh darimu apa adanya ku kan tetap setia kepadmau Tuhan jagakan dia dia kekasihku ’kan tetap milikku aku sungguh mencintai sungguh menyayangi setulus hatiku walau ku tahu kau takkan sempurna takkan membuat aku jauh darimu apa adanya ku kan tetap setia kepadmau Tuhan jagakan dia dia kekasihku ’kan tetap milikku aku sungguh mencintai sungguh menyayangi setulus hatiku cerita nie kawan aku suruh buat masa aku duduk kat dalam bas..... terima kasih sebab tak bagi aku tidur dengan cara suruh aku menulis..terima kasih sgt2...haha... maaf kalau cerita nie tak memuaskan hati ang... nama kawan aku nie nurul syahira binti ahmad..(amik ang..aku boh nma penuh terus).... |