|
awak pandai kan??
Saturday, March 16, 2013 | 2:08 AM | 0 star
assalamualaikum semua.....di ruangan ini ingin saya berkongsi sesuatu dengan anda semua..ia merupakan sebuah pengajaran yang perlu kita ambil sebagai panduan hidup..ingatlaa...ilmu tu penting dan cara menyampaikan ilmu@ nasihat tu pun penting!! bukannya boleh main2 jew... kita sebagai manusia kena la sedar bhwa kalau nk tegur orang tu biar la ada sopan dia jugak..jgn la dok main hentam jew...awak sebagai orang yang ada agama tu kena la jga perlakuan n tutur kata awak..jgn sampai orang lain salahkan agama islam nnti dengan kelakuan awak tu..memanglah awak tu lebih beragama dan berhak menegur orang lain tetapi gunalah cara yang lebih sopan..bukannya menghina seseorang..der...islam tak ajar camtu k...awak belajar tinggi2 tapi kenapa mensia-siakan ilmu yang awak dapat tu.. sebagai contoh... "umah awak ada tudung kew?? yew la...awak kan x pakai tudung..." perh..soalan..buat mcm dya tu kaya sgt dah..ingt x mmpu kew nk bli tudung nie?? listen3..klu yew pon niat awak nk tegur budak 2 tak pakai tudung..jgn la sampai ckp camtu..jga la sma perasaan owg lain..awak tu ada agama...gunala agama awak tu sebaiknya..awak kan pandai..gunala kepandaian awak tu..awak nk tegur budak2..jgn la guna cara macam tu..kasar sgt bunyinya...nak berdakwah pun kena la ada ilmu jugak..jgn main tibai jew awak pun..klu saya jdi budak tu..saya pun takut nak pakai tudung klu tngok cara awak yng bertudung tapi perangai ermmmm...x tau la nk ckp...orang bukan islam tngok pon tkut nk dekat2 ngan awak.. aih..awak suka bca buku kan...pernah tak baca cerita nie??
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Pada zaman
Bani Israil dahulu, hidup dua orang lelaki yang mempunyai sikap yang
berbeza. Lelaki yang pertama suka berbuat dosa sementara yang kedua
rajin beribadah. Setiap kali ahli ibadah itu melihat temannya berbuat
dosa, ia meminta rakannya itu untuk berhenti daripada perbuatan dosanya
itu.
Suatu
hari, ketika rakannya itu sedang melakukan suatu dosa, ahli ibadah itu
berkata "Berhentilah daripada membuat dosa." Rakan nya itu menjawab
"Jangan pedulikan aku, terserah Allah untuk menilai perbuatan ku. Adakah
engkau diutuskan oleh Allah untuk mengawasi apa yang aku lakukan?".
Ahli ibadah itu menjawab"Demi ALLAH, dosamu tidak akan diampuni oleh Nya dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam syurga Allah."
Setelah
kedua-duanya meninggal dunia, Allah s.w.t telah menghakimi kedua-duanya
dihadapanNya. Allah menyoal lelaki ibadah itu " Adakah kamu lebih
mengetahui daripada Ku? atau adakah kamu dapat mengetahui apa yang telah
berada dalam kekuasaan Ku?"
Kemudian
kepada ahli maksiat itu Allah s.w.t berkata "Masuklah kamu kedalam
syurga berkat rahmat Ku". Sementara kepada ahli ibadah itu "masuklah
orang ini kedalam Neraka"
* Hadith
riwayat Ahmad 2/323;Abu Daud. 4901;Ibn Mubarak dalam kitab al-Zuhd,
314; Ibn Abi Duniya dalam Husnuzh Zhan,45; al-Baghawi dalam syarh
al-Sunnah; 14/385.
Pengajaran.
1. Sentiasalah menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran
2. Setiap individu hendaklah berusaha meninggalkan maksiat dan kemungkaran
3. Jangan berputus asa daripada memohon keampunan kepada allah Yang Maha Penyayang
4. Jangan Sewenang-wenangnya menggunakan nama Allah tanpa ilmu
5. Allah s.w.t mengasihi para hambaNya
6. Seseorang
itu tidak berhak menentukan kedudukan seseorang manusia lain sama ada
masuk syurg atau nereka, kerana hanya Allah s.w.t yang mengetahui dan
menetapkannya.
try awak hayati betul2 cerita nie..apa yg awak dapat..niat laki nie abik nk tegur orang tpi dia tersalah dri segi lain plak..jgn sampai teguran awak tu memakn diri awak..
ingat awak...berdosa dengan manusia nie susah sikit nak terampun...awak kena pergi mintak maaf ngan orang tu..awak ingt manusia nie semuanya senang kew nk memaafkan org lain..lain di mulut lain dhati..jga2..jgn sampai satu hari nnti awak kena pergi cari seseorang sebab mulut awak yang berbisa tu..
maaf jika ada terkasar bahasa..saya tahu...saya tak da hak pun nak cakap lebih2 pasal nie tapi x salah kan kalu saya nk bagi pendapat saya..saya tahu saya pun tak sempurna..
ok..tamat sudah sesi kali nie..
|